Tarikh | : 17 Mac 2023 |
Masa | : 09:30 pg - 11:30 pg |
Lokasi | : PEDi Klebang Utama |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada user terhadap microsoft word serta membantu user menaip dan memudahkan user melakukan tugasan harian mereka.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada user cara-cara menggunakan microsoft word dengan betul serta membantu user menyiapkan dan mencetak kerjanya.
Tarikh | : 09 Mac 2023 |
Masa | : 09:30 pg - 11:30 pg |
Lokasi | : PEDi Klebang Utama |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bertujuan untuk membantu user serta memudahkan beliau dalam urusan memohon kerja secara atas talian.
Aktiviti
Petugas PEDi membantu menyediakan komputer untuk keselesaan user yang datang ke PEDi Taman Klebang Utama untuk memohon kerja secara atas talian.
Tarikh | : 27 Februari 2023 |
Masa | : 02:30 ptg - 05:30 ptg |
Lokasi | : PEDi Taman Klebang Utama |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar dan membimbing user menggunakan email bagi kegunaan semasa bekerja dan sebagainya.
Aktiviti
Petugas PEDi Taman Klebang Utama membantu seorang user mendaftar email dan cara penggunaannya.
Tarikh | : 02 Mac 2023 |
Masa | : 09.00 pg - 04.00 ptg |
Lokasi | : Hotel Casuarina@Meru, Ipoh |
Peserta | : Usahawan Sekitar Perak |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memfokuskan aspek pendigitalan perniagaan dengan pelbagai topik menarik oleh Lazada, BSN, TM dan lain-lain.
Aktiviti
Program anjuran TM Unifi Business dengan kerjasama STeP, MARA dan Amanah Ikhtiar ini dijalankan di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh dengan menjemput usahawan-usahawan sekitar Perak untuk turut serta. Sasaran kehadiran yang diusahakan oleh STeP dengan kerjasama MARA adalah 200 usahawan tetapi kehadiran dicatat seramai 320 usahawan. Forum bertajuk Peluang Tersedia Melalui Transformasi Digital telah disampaikan yang dikendalikan oleh Puan Azleen Haji Taib, Ketua SME Negeri Perak Unifi Business di samping Puan Lailatul Asmah Mohd Tahir Pengarah MARA Negeri Perak, Puan Nur Azre dari Tik Tok Shop, Shahrol Annaz Abdul Nasir Pengarah Urusan Syilis dan Pian Roswalin Ab Wahab Pengarah Urusan QAP D Optic Sdn Bhd. Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti cabutan bertuah, jualan barangan dengan transaksi tanpa tunai dan pameran kesedaran bayaran tanpa tunai. Turut dibuka booth info Maybank, Lazada, STeP, MARA, Syilis, QAP D Optic dan lain-lain.
Tarikh | : 24 Februari 2023 |
Masa | : 03:00 ptg - 06:00 ptg |
Lokasi | : PEDi Taman Klebang Utama |
Peserta | : 7 Orang |
Tujuan
Peperiksaan Radio Amatur atau RAE (Radio Amateur Examination) adalah bertujuan untuk melayakkan seseorang mengendalikan perkakasan radio komunikasi amatur.
Aktiviti
Seseorang yang ingin mengendalikan perkakasan radio komunikasi amatur perlu terlebih dahulu menduduki Peperiksaan Radio Amatur atau RAE (Radio Amateur Examination) yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC). Calon yang lulus akan dibenarkan untuk membuat permohonan mengendalikan perkakasan radio amatur.