JUMLAH / TOTAL : 949 ORANG (KEMASKINI JUN 2023)

 PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) TAMAN KLEBANG UTAMA

 

Selamat Datang

 

Salam Sejahtera,

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Klebang Utama Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Pusat Sebaran Maklumat Nasional merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) BerhadMSD Digital Intelligence Sdn Bhd dan Kerajaan Negeri. NADI adalah antara projek yang terawal di bawah inisiatif "Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat" (PPS) di mana NADI yang pertama telah dibina pada tahun 2007. Projek ini telah membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada masyarakat. Dilengkapkan dengan komputer meja serta perkakasannya beserta dengan capaian internet jalur lebar, NADI juga menawarkan peluang-peluang latihan berkaitan ICT yang dikendalikan oleh dua orang penyelia sepenuh masa di NADI tersebut.

 

OBJEKTIF UTAMA :

 

  • Menyediakan capaian komunikasi kepada kumpulan dan individu di kawasan kurang liputan.
  • Meningkatkan penggunaan ICT di kalangan komuniti ke arah pembangunan sosio ekonomi masyarakat setempat.
  • Merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar.

 

KEMUDAHAN :

  • Capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi
  • Perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar(KTW)  bagi setiap pencawang bagi bagi capaian penduduk sekitar dalam 2 kilometer.
  • Kemudahan 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan fotostat dan mesin pencetak dan pengimbas.
  • Program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan akan diuruskan oleh pengurus dan penolong pengurus.

 

KEAHLIAN :

  • Keahlian terbuka pada semua penduduk tempatan.
  • Keahlian hanya RM5.00 seumur hidup.
  • Jika ahli tidak aktif lebih dari setahun, keahlian akan dibatalkan.
  • Setiap ahli akan mendapat kad keahlian dan tidak boleh ditukar milik.
  • Ahli mendapat keistimewaan dari segi latihan dan bayaran penggunaan yang murah.
  • Ahli baru akan mendapat internet percuma selama 90 jam.

PETUGAS :

  1. PENGURUS
    Nama : Mohd Azlan Sherwani Bin Zainal Ariff

  2. No Telefon : 012 - 453 1238

  3. PENOLONG PENGURUS
    Nama : Noor Amirah Binti Abu Bakar

    No Telefon : 017 - 565 9270

  4.  

  5. https://www.facebook.com/NADITamanKlebangUtama

 

Last updated: 30 April 2024