Antara Destinasi Pelancongan yang Berhampiran Pusat Ekonomi Digital Klebang Utama.
 
MOH LE KITE KE IPOH,
MACAM-MACAM ADO.
 
 

Lost World of Tambun

Merupakan tarikan di Sunway City Ipoh yang terletak di Tambun. Lost World of Tambun adalah antara taman tema air di Perak. Taman Tema ini akan membawa anda ke pengembaraan yang penuh dengan keseronokan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.Terletak di antara kawasan rimbunan kehijauan dan batu kapur, Lost World of Tambun menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik seperti PetAting Zoo, Tin Valley, Team Building Park dan Kolam Air Panas.
 
facebook: https://www.facebook.com/lostworldoftambun/
Website: http://sunwaylostworldoftambun.com
 
 

Muzium Darul Ridzuan

Muzium ini terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan berhampiran dengan Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Dibuka kepada pengunjung pada tahun 1992. Bangunanya telah dibina lebih dari 100 tahun yang lalu. Ia memaparkan pelbagai jenis artifak yang menarik dan memberi maklumat tentang sejarah pembangunan bandaraya Ipoh terutamanya dalam sektor perlombongan bijih timah.

 
 

Muzium Geologi

Muzium ini mula ditubuhkan sejak tahun 1957.Ia memaparkan pelbagai jenis mineral, batuan fosil dan batu permata dari dalam dan luar negara. Terletak di Jalan Sultan Azlan Shah.

 
 

Masjid Panglima Kinta

Masjid ini dibina oleh Dato Panglima Kinta yang merupakan pembesar bandaraya ini dahulu. Masjid ini terletak di pekan baru Ipoh. Di sebelah masjid terdapat tanah perkuburan bagi kaum kerabat Dato Panglima Kinta. Terletak di Jalan Masjid dan berdekatan Sungai Kinta.

 
 

Taman Dr Seenivasagam

Taman yang terletak di tengah bandar Ipoh ini merupakan salah satu taman yang popular di Ipoh. Sesuai untuk pengunjung melepaskan lelah dan beriadah kerana taman ini mempunyai trek motorsikal mini, kolam ikan, tasik serta padang yang agak luas. Taman ini jugak mempunyai replika Taman Jepun yang terletak berdekatan dengan pintu masuk utamanya.

 

 

Pekan Lama

Bangunan yang terdapat di Pekan Lama Ipoh sangat unik dan mempunyai nilai sejarah yang amat beharga. Bangunan Stesyen Kereta Api, Dewan Perbandaran Ipoh, Pejabat Pos Lama dan Jam Peringatan Birch merupakan antara bangunan yang mendapat perhatian pelancong. Terdapat juga bangunan-bangunan yang telah dijadikan kafe. Perak Tourism Hub juga telah melancarkan Jejak Warisan Ipoh, Jejak Mural Ipoh dan Jejak Makanan Ipoh sebagai salah satu produk pelancongan di bandaraya ini.

 
 

Riverwalk @ Kinta Riverfront 

Merupakan kawasan tarikan pelancong. Terletak di sepanjang tebing Sungai Kinta di antara Jalan sultan Iskandar dan Jalan Lim Bo Seng. Dihiasi dengan pokok LED memberikan satu pemandangan cantik untuk sungai ini pada waktu malam. Terdapat kemudahan hotel dan servis apartment. Rumah kedai juga turut dibina sepanjang tebing sungai begitu juga replika jambatan yang popular di dunia.

 
 
 
 

Kereta Api Tanah Melayu 

Stesen keretapi Ipoh dioperasikan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan ianya terletak di Pekan Lama. Landasan keretapi ini hanya dapat menghubungkan diantara Ipoh dengan pekan dan bandar-bandar berdekatan.KTM Ipoh telah manjadi satu tarikan pelancong yang terbaru di ipoh kerana terdapat Pelabagai Riadah serta Air Pancut yang dihiasi pelbagai Corak dan Warna.