Chemor terletak di utara bandar raya IPOH, PERAK. Bandar yang berhampiran ialah Tanjung Rambutan, Sungai Siput, Salak, Kuala Kangsar dan Tasek Ipoh. Ramai orang Melayu,Cina dan India tinggal di sini hidup sebagai saudara-saudari. Semasa musim durian ramai kaum Cina suka ke kampung-kampung Melayu membeli durian dan buah-buahan lain. Dalam70'an, 80'an, masa itu di pekan CHEMOR pagi-pagi boleh berjumpa ramai berbilang kaum duduk sekali bersembang-sembang di pasar besar CHEMOR.

 

       Sekitar tahun 70'an, banyak terdapat lombong bijih timah di Chemor.Pada masa itu juga, Chemor terkenal dengan tanaman ubi kayu sehingga topik pengeluaran ubi kayu di Chemor telah diselitkan ke dalam buku teks Kajian Tempatan sekolah rendah pada masa itu.Selain bijih, pertanian seperti getah dan sayur-sayuran merupakan kegiatan penting bagi penduduk Chemor ketika itu. Pada masa itu di kiri kanan, sepajang jalan utama dari Tasek ke Chemor boleh dilihat ladang getah yang kini telah bertukar kepada kilang,pusat perniagaan dan taman perumahan. Penternakan Khinzir juga banyak terdapat pada masa dahulu, sehingga timbul cerita yang mengaitkan asal nama Chemor diambil dari bahasa cina 'Che-Mo' yang kerana bacaan bunyi CEPOH (sebuah Kampung Melayu yang dekat CHEMOR) dalam bahasa keturunan Cina Hakka adalah CHE-MO. Oleh itu orang Cina tidak menggunakan nama Chemor sebaliknya dalam tahun 1990 menggunakan panggilan 'Che-Bo' (CHEPOH) bacaan bunyinya dalalam bahasa Cina adalah bermaksud permata. Kebanyakan taman perumahan baru disekitar pekan Chemor, kampung Cina Kuala Kuang, Kampung Cina Tanah Hitam ketika ini, dahulunya adalah merupakan bekas-bekas ladang sayur dan kandang penternakan. Pada pertengahan tahun 80'an kilang-kilang perusahan telah mula bertapak di Chemor terutamanya di kawasan Klebang dan kampung Cina Khantan Baru.

 

        Sehingga awal 80'an , Chemor tersenarai sebagai salah satu kawasan hitam di Malaysia. Beberapa pos kawalan tentera ditempatkan di sekitar jalan keluar masuk ke Chemor, salah satu pos terletak di Kampung Che' Zainal iaitu di simpang jalan ke Tanah Hitam dan Ulu Chemor.Operasi memburu pengganas komunis kerap dilakukan di ladang getah dan bukit-bukau sekitar Chemor.Pada ketika ini juga penduduk Chemor pernah beberapa kali mengalami perintah berkurung.Konvoi-konvoi kenderaan tentera melalui pekan Chemor ke Ulu Kuang atau Tanjung Rambutan adalah pemandangan biasa bagi penduduk kampung dan mendapat sorakan daripada kanak-kanak ketika itu.Budak-budak kampung yang tinggal berdekatan dengan pos kawalan juga sering lepak di pos dan mendapat hadiah resen. Pada masa itu, juga terdapat sebuah tentera Kem mini berada di kampung Cina Tanah Hitam

RUJUKAN : https://ms.wikipedia.org/wiki/Chemor