Tarikh : 07 Disember 2023
Masa : 03:30 ptg - 05:30 ptg
Lokasi : PEDi Klebang Utama
Peserta : 1 Orang 

 

Tujuan 

Kelas ini bertujuan memperkenalkan satu platform untuk berkomunikasi secara atas talian iaitu zoom.com kepada user dan memberi tunjuk ajar serta langkah-langkah menggunakannya secara efektif.

 

Aktiviti

Petugas PEDi membantu user yang datang ke PEDi Taman Klebang Utama dengan memberi tunjuk ajar menggunakan platform komunikasi iaitu zoom.com untuk kegunaan urusan perniagaan beliau seperti bermesyuarat secara atas talian.

 

Gambar Disini

Tarikh : 30 November 2023
Masa : 03:00 ptg - 06:00 ptg
Lokasi : PEDi Taman Klebang Utama
Peserta : 10 Orang 

 

Tujuan 

Peperiksaan Radio Amatur atau RAE (Radio Amateur Examination) adalah bertujuan untuk melayakkan seseorang mengendalikan perkakasan radio komunikasi amatur.

 

Aktiviti

Seseorang yang ingin mengendalikan perkakasan radio komunikasi amatur perlu terlebih dahulu menduduki Peperiksaan Radio Amatur atau RAE (Radio Amateur Examination) yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC). Calon yang lulus akan dibenarkan untuk membuat permohonan mengendalikan perkakasan radio amatur.

 

Gambar Disini

Tarikh : 29 November 2023
Masa : 02:30 ptg - 05:30 ptg
Lokasi : PEDi Klebang Utama
Peserta : 1 Orang 

 

Tujuan 

Kelas ini bertujuan memperkenalkan lawan web canva.com kepada user dan memberi tunjuk ajar serta langkah-langkah untuk membuat poster.

 

Aktiviti

Petugas PEDi membantu user yang datang ke PEDi Taman Klebang Utama dengan memberi tunjuk ajar menggunakan canva.com untuk membuat poster bagi tujuan tugasan universiti beliau.

 

Gambar Disini

Tarikh : 29 November 2023
Masa : 09:00 pg - 06:00 ptg
Lokasi : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Peserta : Pengurus/Penolong Pengurus PEDi

 

Tujuan 

Persidangan ini dianjurkan untuk mengiktiraf para pengurus dan penolong pengurus PEDi yang merupakan tulang belakang dan nadi penggerak kepada PEDi di seluruh negara.

 

Aktiviti

Persidangan yang berlangsung selama satu hari itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim. Majlis ini turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) YB Fahmi Fadzil, Timbalan Menteri KKD YB Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha KKD Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, serta Pengerusi MCMC YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din.

Beberapa kategori anugerah seperti Pengurus PEDi dan Penolong Pengurus PEDi Terbaik, Usahawan PEDi Terbaik, PEDi Terbaik serta Anugerah Khas PEDi telah disampaikan bagi menghargai sumbangan mereka.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik juga diadakan sepanjang persidangan tersebut termasuk sesi masterclass, pocket talk dan perkongsian, reruai pameran daripada usahawan-usahawan PEDi, syarikat-syarikat telekomunikasi serta rakan kolaborasi.

 

Gambar Disini

Tarikh : 25 November 2023
Masa : 02:30 ptg - 05:30 ptg
Lokasi : PEDi Klebang Utama
Peserta : 1 Orang 

 

Tujuan 

Kelas ini bertujuan untuk memberi panduan kepada user membuat jadual pembelajaran menggunakan Microsoft Word bagi tujuan tugasan kerja beliau.

 

Aktiviti

Petugas PEDi membantu user yang datang ke PEDi Taman Klebang Utama dengan memberi tunjuk ajar menggunakan Microsoft Word untuk membuat jadual pembelajaran bagi tujuan tugasan kerja beliau dan mencetaknya.

 

Gambar Disini