Tarikh : 25 Oktober 2023
Masa : 09:30 ptg - 11:30 ptg
Lokasi : PEDi Klebang Utama
Peserta : 1 Orang 

 

Tujuan 

Bertujuan membantu dan memudahkan user dalam urusan beliau mengemaskini Sistem Maklumat Guru secara atas talian.

 

Aktiviti

Petugas PEDi membantu user yang datang ke PEDi Taman Klebang Utama untuk mengemaskini Sistem Maklumat Guru secara atas talian dan mencetak maklumat tersebut untuk simpanan.

 

Gambar Disini

Tarikh : 22 Oktober 2023
Masa : 02:30 ptg - 05:30 ptg
Lokasi : PEDi Taman Klebang Utama
Peserta : 2 Orang 

 

Tujuan 

Kelas ini bertujuan untuk melatih pelajar menjawab soalan-soalan peperiksaan dan sebagai panduan menduduki peperiksaan STPM kelak. 

 

Aktiviti

Petugas PEDi Taman Klebang Utama membantu pelajar mendapatkan skema soalan STPM untuk dijadikan sebagai latihan dan penyediaan sebelum menduduki peperiksaan STPM. Petugas juga membantu pelajar mencetak skema soalan tersebut.

 

Gambar Disini

Tarikh : 18 Oktober 2023
Masa : 09.00 pg - 02.00 ptg
Lokasi : Kampung Chadak Ulu Kinta, Perak
Peserta : Pelajar sekolah & Penduduk Orang Asli

 

Tujuan 

Program ini bertujuan untuk memberikan perkongsian Klik Dengan Bijak khusus kepada penduduk orang asli yang terdiri daripada para pelajar sekolah rendah, golangan suri rumah dan warga belia.

 

Aktiviti

Program Klik Dengan Bijak ini telah diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Pejabat Perak dan JAKOA, SK Seri Tanjung dan Polis Diraja Malaysia Balai Tanjung Rambutan. Program ini bertempat di dewan orang ramai Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Tonggang, Tanjung Rambutan Ipoh Perak. Selain membawa topik perbincangan tentang penggunaan internet yang positif, turut diadakan adalah kuiz Klik Dengan Bijak secara langsung dalam usaha mendapatkan penyertaan dan minat peserta. 

 

Gambar Disini

Tarikh : 21 Oktober 2023
Masa : 10.00 pg - 12.00 tghr
Lokasi : PEDi Klebang Utama
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Seminar ini bertujuan untuk memberikan perkongsian dan membantu usahawan-usahawan tempatan yang berdaftar dengan Pusat Ekonomi Digital seluruh Malaysia untuk membuat digital marketing dan capai audiens di Facebook, Instagram, TikTok dan REV.

 

Aktiviti

Seminar Pemasaran Digital OHSEM ini adalah kolaborasi di antara MSD Digital Intelligence dan Dattel Asia Group. Seminar ini diadakan secara atas talian dan disampaikan oleh CEO Dattel Asia Group iaitu En Ashran Dato Ghazi. Penceramah berkongsi cara-cara membuat digital marketing dengan sasaran yang lebih tepat agar iklan lebih mantap.

 

Gambar Disini

Tarikh : 18 Oktober 2023
Masa : 09:30 pg - 11:30 ptg
Lokasi : PEDi Klebang Utama
Peserta : 1 Orang 

 

Tujuan 

Kelas ini bertujuan untuk memberi panduan kepada user untuk membuat resume yang padat dan menarik dengan menggunakan Microsoft Word.

 

Aktiviti

Petugas PEDi memberi panduan kepada user untuk membuat resume yang padat, lengkap dan menarik untuk tujuan permohonan kerja beliau serta membantu beliau mencetak resume tersebut.

 

Gambar Disini