Tarikh | : 21 Julai 2024 |
Masa | : 3:00 ptg - 4:00 ptg |
Lokasi | : NADI Taman Klebang Utama |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bertujuan untuk memberi panduan dan membantu user mengisi borang ke dalam sistem idMe bagi kemasukan pelajar ke darjah 1 secara atas talian.
Aktiviti
Petugas NADI membantu user yang datang ke NADI Taman Klebang Utama untuk mengisi borang ke dalam sistem idMe bagi kemasukan pelajar ke darjah 1 secara atas talian.
Tarikh | : 19 Julai 2024 |
Masa | : 10.00 pgi - 11:00 pgi |
Lokasi | : NADI Taman Klebang Utama |
Peserta | : Pengurus dan Penolong Pengurus |
Tujuan
Taklimat mengenai Mydigital ID.
Aktiviti
Taklimat mengenai mydigital ID iaitu sistem pengenalan diri yang sah dan selamat untuk kegunaan transaksi dalam talian.
Tarikh | : 16 Julai 2024 |
Masa | : 10.00 pgi - 12:00 ptg |
Lokasi | : NADI Taman Klebang Utama |
Peserta | : Komuniti |
Tujuan
Menerangkan tentang subsidi diesel, agro komuditi madani, budi individu dan juga aplikasi pricecatcher kepada semua petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
Aktiviti
Taklimat disampaikan oleh pihak MOF yang dikendalikan oleh MCMC HQ. Petugas diberi pendedahan tentang budi madani dan juga aplikasi pricecatcher bagi membantu dan berkongsi maklumat kepada komuniti setempat.
Tarikh | : 19 Julai 2024 |
Masa | : 9.00 pgi - 11:30 pgi |
Lokasi | : NADI Taman Klebang Utama (Online Training) |
Peserta | : Penolong Pengurus |
Tujuan
Mendapatkan maklum balas berdasarkan capaian semasa, mengenalpasti permasalahan serta merancang strategi baru untuk memastikan KPI petugas terus diperbaiki dan ditingkatkan.
Aktiviti
Petugas diberi peringatan, imbas kembali proses dan akan mencari jalan penyelesaian bagi isu-isu yang berbangkit dan belum diselesaikan.
Tarikh | : 16 Julai 2024 |
Masa | : 9.00 pgi - 5:00 ptg |
Lokasi | : NADI Taman Klebang Utama (Online Training) |
Peserta | : Penolong Pengurus |
Tujuan
SOFTSKILL (AI APPLICATION FOR BUSINESS & EDUCATION) latihan yang komprehensif mengenai amali Aplikasi Artificial Intelligence (AI) dalam pelbagai konteks perniagaan dan pendidikan. Petugas akan diberi pengetahuan dan kemahiran menggunakan aplikasi AI seterusnya menyokong misi NADI untuk memartabatkan komuniti setempat dengan meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka melalui Keusahawanan Digital, serta memperkenalkan teknologi AI terkini untuk memudahkan dan memperkasa Keusahawanan digital dan aktiviti pendidikan dalam Komuniti.
Aktiviti
Slot ini melibatkan Ts. Dr. Mohd Azlishah bin Othman sebagai trainer untuk melatih para petugas NADI mengenai amali Aplikasi Artificial Intelligence (AI) dalam pelbagai konteks perniagaan dan pendidikan.