Tarikh | : 25 September 2023 |
Masa | : 10:00 pg - 01:00 ptg |
Lokasi | : PEDi Klebang Utama |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi panduan dan membantu user yang merupakan seorang penjawat awam yang telah berpencen menulis surat rasmi untuk kegunaan peribadi beliau.
Aktiviti
Petugas PEDi membantu user yang datang ke PEDi Taman Klebang Utama untuk menulis surat rasmi dan mencetak surat tersebut untuk kegunaan peribadi beliau.
Tarikh | : 15 September 2023 |
Masa | : 02:30 ptg - 04:30 ptg |
Lokasi | : PEDi Klebang Utama |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi panduan dan membantu user memohon sistem insurans pekerjaan (SIP) secara atas talian.
Aktiviti
Petugas PEDi membantu user yang datang ke PEDi Taman Klebang Utama untuk memohon sistem insurans pekerjaan (SIP) secara atas talian bagi tujuan keperluan dalam pekerjaan beliau.
Tarikh | : 04 September 2023 |
Masa | : 09.00 pg - 04.00 ptg |
Lokasi | : Kampung Chadak Ulu Kinta, Perak |
Peserta | : Orang Asli |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memasyarakatkan budaya membaca dalam kalangan komuniti orang asli dan seterusnya memberi sumbangan serta kesedaran kepada komuniti setempat berkenaan kepentingan membaca. Tema program adalah Komuniti Baca Komuniti Bijak.
Aktiviti
Bertemakan 'Komuniti Baca Komuniti Bijak', program Jom Baca @ Chadak ini dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Kementerian Perpaduan Negara. Pelbagai booth pameran diadakan oleh setiap agensi yang terlibat seperti Jabatan Muzium Negara, Universiti Perguruan Sultan Idris, Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara Perak serta banyak lagi. Selain program membaca bersama komuniti orang asli, pelbagai aktiviti seperti sesi memasak oleh kaum wanita, sesi didik hibur bersama UPSI, program i-Komuniti bersama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan lain lain. Program jom baca ini bermula dari 9 pagi sehingga 4 petang.
Tarikh | : 10 September 2023 |
Masa | : 02:30 ptg - 05:30 ptg |
Lokasi | : PEDi Taman Klebang Utama |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk melatih pelajar membuat latihan secara atas talian yang sesuai dengan matapelajaran di sekolah. Selain meningkatkan ilmu pengetahuan, e-pembelajaran ini juga dapat melatih pelajar untuk menjadi lebih cekap dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan.
Aktiviti
Petugas PEDi Taman Klebang Utama memperkenalkan e-Learning - Live Worksheets kepada pelajar serta memberi tunjuk ajar kepada mereka cara penggunaannya dan memilih soalan-soalan yang sesuai dengan matapelajaran di sekolah.
Tarikh | : 05 September 2023 |
Masa | : 02:30 ptg - 05:30 ptg |
Lokasi | : PEDi Klebang Utama |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada user untuk membuat resume yang padat dan menarik dengan menggunakan Microsoft Word.
Aktiviti
Petugas PEDi memberi tunjuk ajar kepada user untuk membuat resume yang padat, lengkap dan menarik serta membantu beliau mencetak resume tersebut.