Tarikh | : 12 Ogos 2023 |
Masa | : 02:30 ptg - 06:00 ptg |
Lokasi | : PEDi Klebang Utama |
Peserta | : 15 Orang |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan dengan lebih lanjut tentang Amway dan cara-cara menjana pendapatan melalui penjualan barangan Amway. Selain daripada itu, kaedah & contoh pemakanan sihat juga dikongsikan kepada peserta oleh Nutritionist.
Aktiviti
Program ini dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Taman Klebang Utama, Chemor Perak dengan menjemput penduduk sekitar yang berminat untuk turut serta. Pelbagai kaedah & contoh pemakanan sihat menggunakan barangan Amway dikongsikan oleh Nutritionist kepada peserta. Pemeriksaan kadar lemak serta kandungan gula dalam badan juga dilaksanakan oleh pembantu Nutritionist yang bertauliah secara percuma.