Tarikh | : 04 September 2023 |
Masa | : 09.00 pg - 04.00 ptg |
Lokasi | : Kampung Chadak Ulu Kinta, Perak |
Peserta | : Orang Asli |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memasyarakatkan budaya membaca dalam kalangan komuniti orang asli dan seterusnya memberi sumbangan serta kesedaran kepada komuniti setempat berkenaan kepentingan membaca. Tema program adalah Komuniti Baca Komuniti Bijak.
Aktiviti
Bertemakan 'Komuniti Baca Komuniti Bijak', program Jom Baca @ Chadak ini dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Kementerian Perpaduan Negara. Pelbagai booth pameran diadakan oleh setiap agensi yang terlibat seperti Jabatan Muzium Negara, Universiti Perguruan Sultan Idris, Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara Perak serta banyak lagi. Selain program membaca bersama komuniti orang asli, pelbagai aktiviti seperti sesi memasak oleh kaum wanita, sesi didik hibur bersama UPSI, program i-Komuniti bersama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan lain lain. Program jom baca ini bermula dari 9 pagi sehingga 4 petang.