Nama : MOHD NOOR BIN TAN
Umur : 57
Ahli : 2015

 

Latar belakang

En. Mohd Noor Bin Tan merupakan seorang pesara dan menjual separuh masa penjualan produk coway

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Seblum menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi), pendapatan bulanan beliau tidak diberitahu tetapi anggaran penjualan secara purata setiap bulan 3-5 unit

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas keusahawanan dan pembelajaran it beliau kini sudah mempunyai gmail, facebook dan pendedahan secara meluas melalui dashboard (myshop) dan lain-lain platform dalam mempromosikan produk. beliau juga memanfaatkan ruang di kabinet PEDi bagi tujuan promosi produk beliau

 

 

 

Puan Raziah Bt Abu Bakar merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Utama yang berdaftar. Beliau merupakan antara ahli yang sangat aktif datang ke kelas dalam meningkatkan kecekapan beliau dalam ilmu teknologi maklumat ICT. Beliau amat gembira sekali dengan adanya pelbagai kemudahan yang disediakan di PEDi Klebang Utama.

Beliau mudah mencari pembekal barangan mentah yang pelbagai dan sesuai dengan anggaran kewangan beliau. Beliau juga menggunakan internet dengan mempromosikan jualan apam balik beliau dan menjadikan perniagaan beliau semakin berkembang. Antara kursus yang dipelajari ialah menyunting gambar menggunakan Adobe Photoshop, Mempromosikan perniagaan menggunakan FB page, Instagram dan pelbagai lagi media sosial. 

 

Puan Faizah binti harun merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Utama yang berdaftar pada November 2015. Beliau berumur 52 tahun dan merupakan seorang usahawan secara sepenuh masa. Beliau menjalankan perniagaan kain batik eksklusif. Beliau merupakan antara ahli yang sangat aktif datang ke kelas dalam meningkatkan kecekapan beliau dalam ilmu teknologi maklumat ICT. Beliau amat gembira dengan adanya pelbagai kemudahan yang disediakan di PEDi Klebang Utama.

Dengan adanya penggunaan Internet, beliau mudah mencari pembekal tekstil yang pelbagai dan sesuai dengan anggaran kewangan beliau. Beliau juga menggunakan internet dengan mencari maklumat berkenaan trend corak terkini sesuai dengan kain batik dipasarkan mengikut kehendak pelanggan beliau.