Puan Faizah binti harun merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Utama yang berdaftar pada November 2015. Beliau berumur 52 tahun dan merupakan seorang usahawan secara sepenuh masa. Beliau menjalankan perniagaan kain batik eksklusif. Beliau merupakan antara ahli yang sangat aktif datang ke kelas dalam meningkatkan kecekapan beliau dalam ilmu teknologi maklumat ICT. Beliau amat gembira dengan adanya pelbagai kemudahan yang disediakan di PEDi Klebang Utama.

Dengan adanya penggunaan Internet, beliau mudah mencari pembekal tekstil yang pelbagai dan sesuai dengan anggaran kewangan beliau. Beliau juga menggunakan internet dengan mencari maklumat berkenaan trend corak terkini sesuai dengan kain batik dipasarkan mengikut kehendak pelanggan beliau.