Pusat kuarantin dan rawatan covid19 berisiko rendah maeps ini dibangunkan sebagai salah satu usaha proaktif kerajaan mempersiapkan kemudahan kesihatan bagi menghadapi penularan wabak COVID19.
Pembangunan Pusat ini merupakan idea YAB Perdana Menteri sendiri dan pembangunannya dengan pantas telah dilaksanakan dalam tempoh 3 hari sahaja, hasil kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia serta lain-lain agensi kerajaan. Buat masa ini, hospital dan lain-lain kemudahan seperti institut latihan KKM serta lain-lain kemudahan yang telah dikenalpasti masih dapat menampung jumlah pesakit yang kian meningkat.
Kenyataan Akhbar Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato’ Sri Dr Adham Baba.