Puan Raziah Bt Abu Bakar merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Utama yang berdaftar. Beliau merupakan antara ahli yang sangat aktif datang ke kelas dalam meningkatkan kecekapan beliau dalam ilmu teknologi maklumat ICT. Beliau amat gembira sekali dengan adanya pelbagai kemudahan yang disediakan di PEDi Klebang Utama.

Beliau mudah mencari pembekal barangan mentah yang pelbagai dan sesuai dengan anggaran kewangan beliau. Beliau juga menggunakan internet dengan mempromosikan jualan apam balik beliau dan menjadikan perniagaan beliau semakin berkembang. Antara kursus yang dipelajari ialah menyunting gambar menggunakan Adobe Photoshop, Mempromosikan perniagaan menggunakan FB page, Instagram dan pelbagai lagi media sosial.