Tarikh : 5 September 2020
Masa : 10.00 pg - 12.30 tgh hari
Lokasi : Pusat Internet Klebang Utama
Peserta : 4 orang

 

Tujuan 

Program Malaysian Ict Volunteer ( MIV ) bersama komuniti ini dijalankan untuk merapatkan silaturahim komuniti setempat. Program yang dilaksanakan ini adalah anjuran MCMC. Pogram MIV ini membantu sukarelawan MIV untuk mempromosikan kempen 'kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong'

Aktiviti

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi, taklimat tentang program yang akan dilaksanakan

Gambar Disini

Tarikh : 28 Ogos 2020
Masa : 3.00 ptg - 6.00 ptg 
Lokasi : Pusat Internet Klebang Utama
Peserta : 5 orang

 

Tujuan 

Peperiksaan Radio Amatur atau RAE (Radio Amateur Examination) adalah bertujuan untuk seseorang yang ingin menjadi mengoperasikan perkakasan radio komunikasi amatur. 

Aktiviti

Seseorang yang ingin menjadi mengoperasikan perkakasan radio komunikasi amatur perlu terlebih dahulu menduduki Peperiksaan Radio Amatur atau RAE (Radio Amateur Examination) yang dikelolakan oleh MCMC. Calon yang lulus akan dibenarkan untuk membuat permohonan untuk mengoperasikan perkakasan radio amatur. 

Gambar Disini

Tarikh : 11 Ogos 2020
Masa : 2.30 ptg - 5.30 ptg
Lokasi : Pusat Internet Klebang Utama 
Peserta : 1 org

 

Tujuan 

Kelas ini bertujuan memperkenalkan Microsoft kepada komuniti supaya dapat menggunkan untuk membuat poster serta menjadi lebih kreatif dan berfikir di luar kotak.

Aktiviti

Mereka perlu mencipta satu poster dengan bertemakan 'covid-19' dengan menggunakan Microsoft word mengikut kreativiti masing-masing

Gambar Disini

Tarikh : 19 Ogos 2020
Masa : 9.30 pg - 12.30 tgh hr
Lokasi : Bandar meru raya
Peserta : 40 org (Kaki tangan LPPKN)

 

Tujuan 

Taklimat ini memberi kesedaran tentang penggunaan dan keselamatan tentang internet yang semakin membimbangkan dalam masyarakat kita kepada tangan dari LPPKN. Selain itu juga memperkenalkan fungsi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Pusat Internet Malaysia kepada peserta yang terlibat. 

Aktiviti

Peserta LPPKN mendengar taklimat Keselamatan siber yang disampaikan.

Gambar Disini

Tarikh : 28 Julai 2020
Masa : 8.00 mlm - 9.30 mlm
Lokasi : Pusat Internet Klebang Utama
Peserta : Mahasiswa PACE UUM

 

Tujuan 

Taklimat ini memberi kesedaran tentang buli siber yang dijlankan ini adalah kerjasama dengan pihak Mahasiswa PACE UUM bagi membantu kerja kursus untuk subjek pembangunan masyarakat turut dihadiri oleh Inspektor Rashidi Othman, Ketua Balai Polis Sg. Senam. Dan taklimat ini juga turut ditonton oleh 300 orang melalui aplikasi Facebook live. 

Aktiviti

Mahasiswa PACE UUM dan penonton Facebook live mendengar taklimat buli siber yang disampaikan.

Gambar Disini