Tarikh : 29 November 2023
Masa : 09:00 pg - 06:00 ptg
Lokasi : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Peserta : Pengurus/Penolong Pengurus PEDi

 

Tujuan 

Persidangan ini dianjurkan untuk mengiktiraf para pengurus dan penolong pengurus PEDi yang merupakan tulang belakang dan nadi penggerak kepada PEDi di seluruh negara.

 

Aktiviti

Persidangan yang berlangsung selama satu hari itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim. Majlis ini turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) YB Fahmi Fadzil, Timbalan Menteri KKD YB Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha KKD Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, serta Pengerusi MCMC YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din.

Beberapa kategori anugerah seperti Pengurus PEDi dan Penolong Pengurus PEDi Terbaik, Usahawan PEDi Terbaik, PEDi Terbaik serta Anugerah Khas PEDi telah disampaikan bagi menghargai sumbangan mereka.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik juga diadakan sepanjang persidangan tersebut termasuk sesi masterclass, pocket talk dan perkongsian, reruai pameran daripada usahawan-usahawan PEDi, syarikat-syarikat telekomunikasi serta rakan kolaborasi.

 

Gambar Disini