Tarikh : 18 Oktober 2023
Masa : 09.00 pg - 02.00 ptg
Lokasi : Kampung Chadak Ulu Kinta, Perak
Peserta : Pelajar sekolah & Penduduk Orang Asli

 

Tujuan 

Program ini bertujuan untuk memberikan perkongsian Klik Dengan Bijak khusus kepada penduduk orang asli yang terdiri daripada para pelajar sekolah rendah, golangan suri rumah dan warga belia.

 

Aktiviti

Program Klik Dengan Bijak ini telah diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Pejabat Perak dan JAKOA, SK Seri Tanjung dan Polis Diraja Malaysia Balai Tanjung Rambutan. Program ini bertempat di dewan orang ramai Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Tonggang, Tanjung Rambutan Ipoh Perak. Selain membawa topik perbincangan tentang penggunaan internet yang positif, turut diadakan adalah kuiz Klik Dengan Bijak secara langsung dalam usaha mendapatkan penyertaan dan minat peserta. 

 

Gambar Disini