Tarikh : 28 Mei 2023
Masa : 09.00 pg - 06.00 ptg
Lokasi : Mydin Mall Meru Raya, Ipoh
Peserta : Petugas Media & Orang Awam

 

Tujuan 

Program ini bertujuan untuk meraikan petugas media serta sebagai sebuah pengiktirafan dan penghargaan kerajaan terhadap sumbangan petugas media untuk peranan mereka dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat Malaysia.

 

Aktiviti

Bertemakan 'Media Bebas, Tunjang Demokrasi' untuk sesi kali ini, sambutan HAWANA 2023 ini dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (MCMC) dan dikendalikan oleh Pertubuhan Berita Nasioanal Malaysia (BERNAMA). Pelbagai booth pameran diadakan oleh setiap agensi media. Selain forum media, HAWANA 2023 juga diisi dengan pelbagai aktiviti seperti karnival mini, pertandingan mencari harta karun dan pertandingan boling. Karnival yang bermula pada 10 pagi hingga 6 petang itu dimeriahkan dengan aktiviti seperti slot interaksi bersama personaliti Bernama, sesi pocket talk "sayadigital" serta sesi temu mesra bersama artis dan selebriti tempatan, selain pertandingan mewarna dan cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

 

Gambar Disini