Tarikh : 02 Mac 2023
Masa : 09.00 pg - 04.00 ptg
Lokasi : Hotel Casuarina@Meru, Ipoh
Peserta : Usahawan Sekitar Perak

 

Tujuan 

Program ini bertujuan untuk memfokuskan aspek pendigitalan perniagaan dengan pelbagai topik menarik oleh Lazada, BSN, TM dan lain-lain.

 

Aktiviti

Program anjuran TM Unifi Business dengan kerjasama STeP, MARA dan Amanah Ikhtiar ini dijalankan di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh dengan menjemput usahawan-usahawan sekitar Perak untuk turut serta. Sasaran kehadiran yang diusahakan oleh STeP dengan kerjasama MARA adalah 200 usahawan tetapi kehadiran dicatat seramai 320 usahawan. Forum bertajuk Peluang Tersedia Melalui Transformasi Digital telah disampaikan yang dikendalikan oleh Puan Azleen Haji Taib, Ketua SME Negeri Perak Unifi Business di samping Puan Lailatul Asmah Mohd Tahir Pengarah MARA Negeri Perak, Puan Nur Azre dari Tik Tok Shop, Shahrol Annaz Abdul Nasir Pengarah Urusan Syilis dan Pian Roswalin Ab Wahab Pengarah Urusan QAP D Optic Sdn Bhd. Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti cabutan bertuah, jualan barangan dengan transaksi tanpa tunai dan pameran kesedaran bayaran tanpa tunai. Turut dibuka booth info Maybank, Lazada, STeP, MARA, Syilis, QAP D Optic dan lain-lain.

 

Gambar Disini