Tarikh | : 4 Ogos 2019 |
Masa | : 9.00 pg - 10.00 mlm |
Lokasi | : Bulatan Azlan Shah, Meru, Ipoh |
Peserta | : 5,000 |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai dan pelbagai agensi untuk mengibarkan Jalur Gemilang sama ada di kenderaan, rumah, bangunan kerajaan dan premis-premis perniagaan sepanjang Bulan Kemerdekaan negara.
Aktiviti
Pelancaran majlis berkenaan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Pada majlis tersebut, pelbagai aktiviti diadakan termasuk 10,000 langkah kemerdekaan, pameran daripada pelbagai agensi kerajaan, grafiti Malaysiaku, ziarah kasih, merdekarobik, pertandingan bintang patriotik dan pertandingan mewarna.